Tidaklah Kuciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka beribadah kepada-Ku. (QS. Adz-Dzariyat: 56)

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam Memberi Makan 1000 Orang


Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah katanya: Semasa parit Khandak digali, saya melihat keadaan Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam dalam keadaan sangat lapar. Maka sayapun segera kembali ke rumahku dan bertanya kepada isteriku, apakah engkau mempunyai sesuatu (makanan)? Kerana saya melihat Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam tersangat lapar.